Sunday, January 2, 2011

Ilmu Yang Lenyap Begitu Saja Tanpa Ada Pewaris

"Ilmu di dunia bagaikan luas lautan, kite hanya setitik daripadanya"

Ilmu,adalah sesuatu yang begitu berharga dalam hidup seseorang manusia. Tanpa Ilmu,manusia itu tidak akan maju dalam kehidup mereka sendiri. Ilmu mengajar kite banyak erti dalam kehidupan seharian kite.Setiap hari, ada saja ilmu baru yang lahir dalam hidup seseorang itu. Buku selengkap² ilmu adalah Al-kitab iaitu Al-Quran. Di dalamnya banyak mengajar kite erti² kehidupan, Ilmu² alam, teknologi² dan berbagai² lagi.Daripada Al-quran di turun kan sampai lah kehari ini ilmu di dalam Al-quran itu belum abis di kaji manusia. seperti peribahasa di atas, even pun seseorang itu bijak dan pandai, tetapi kite belum abez mengkaji ilmu ALLAH, dia hanya memberi tidak sampai 10% daripada ilmu yang DIA perolehi.

Selagi kite mampu untuk mempelajari sesuatu ilmu itu, harus lah kite mempelajari benda itu, sebelum terlambat iaitu sebelum hari tua kite. Apabila manusia itu makin meningkat usianya, daya ingatan mereka makin lemah. Waktu muda ini lah, waktu yang sesuai untuk kite mencari dan mempelajari sesuatu ilmu yang baru. Cuba anda bayangkan ilmu yang begitu berharga lenyap begitu saja. Rugikan!! Di dalam Al-quran, banyak isi² tersurat, tidak ramai orang² yang boleh menterjemahkan nyer. Hanya orang² faham dan bijak pandai saja yang berjaya menterjemahkannyer.

Di sini si penulis membahagikan manusia di dalam 2 kelompok, yang pertama kelompok orang yang sukar sebarkan Ilmu iaitu berkongsi ilmu, tidak pernah kedekut ilmu yang di perolehinya. Malahan suka berkongsi kepada masyarakat. Dan kelompok yang kedua kelompok yang kedekut ilmu, iaitu orang yang tidak pernah berkongsi ilmu yang di perolehinya. Andai kate kite di kelompok yang kedua, amatlah rugi ilmu yang kite perolehi itu,tiada warisnya, sedangkan ilmu yang kite miliki itu amat berguna dan amat bernilai. Ilmu yang kite perolehi itu lah yang boleh menolong orang² kesusahan untuk menjadi senang. Tetapi sayang ianyer lenyap begitu saja setelah kite sudah tiada di dunia ini. Apa kate kelompok yang kedua ini mengubah pendirian dia, berkongsi ilmu sesama manusia. Jangan lah kite hidup di dunia ini kedekut ilmu,andai kate kite berkongsi ilmu, ilmu yang kite kongsi itu akan bertambah kerana ilmu tidak pernah kurang dalam kehidup manusia itu, makin hari ianyer makin bertambah. Bukan seperti duit,makin hari makin berkurangan atas keborosan kite. Anak² muda yang di luar sana, cari lah ilmu selagi masih ada usia, jangan sampai menyesal 1 hari nanti. Andai kate, kite berpeluang untuk lanjutkan pelajaran, harus lah kite pergi untuk bekalan di hari kelak kite. Sesungguhnyer Ilmu itu indah dan tinggi nilainyer. Kerana Ilmu kite boleh buat duit tetapi duit tidak tentu lagi boleh mencipta sesuatu ilmu itu. Malahan duit itu lah yang boleh merosakan hidupan seseorang manusia itu.

Seperti pepatah mengatakan " ILMU PELITA HIDUP" ianya adalah benar, ilmu bagaikan cahaya yang menyuluh kite di dalam kegelapan untuk mecari sesuatu benda yang bernilai, kerana ilmu kite mengenal Si maha pencipta, Kerana Ilmu, kite berjaya dalam kehidupan kite. Hebat nya anugerah ALLAH kepada hamba² nyer yang bergelar Manusia. Di dalam Al-quran telah mengatakan, manusia adalah makluk sebaik2 ciptaan nyer. Adakah anda tahu, di dalam seharian kehidupan manusia ini, semuanya ada ada kaitan di dalam Al-quran, hanya manusia saja buta dengan petunujuk yang telah di berikanya.Ilmu boleh di ketegorikan kedapa dua aspek, iaitu aspek positif dan negatif. Yang positif di jadikan bekalan, manakala yang negatif jadikanyer sebagai pengajaran, agar kite hidup ini penuh dengan Ilmu² allah, bukan lah Ilmu² iblis.

"Cari lah ilmu sampai ke negra China"

No comments: