Tuesday, November 30, 2010
Cinta Tersimpul Rapi
Kulerai segala yang terkusut
Kusimpul agar menjadi rapi
Demi menjaga hatimu
Ku rela mengalah selalu
Mengapa kau berubah laku
Inikah yang harus ku terima
Di atas setia sekian lama
EngKau menjadikan aku
Pelakon dalam sandiwaramu
cintaku Rinduku bukannya yang terkusut
Ku ikat kubelai dan kusimpul..oohh...
Hati ingin berbicara
Hati pun sering bertanya
Di mana hujung jalan cerita
Bukannya di bibir tanpa sebarang noktah
Selangkah engkau pergi
seribu langkah aku mengejarmu
Sekelip mata engkau hilang
seluruh pelusuk ku cari...oohh...
Setinggi mana engkau cuba membawa diriakan aku daki...oohh...
Sedalam mana engkau cuba menyembunyi kan ku selami
Biar tebukti biar bersaksi
Cinta kita cinta tersimpul rapi
(hayati lirik dia....)
Friday, November 26, 2010
iBu
Untukmu Yang SangatKu Sayangi..
Ibu... ..
Sedih rasanya hatiku
Tiap kuterima gaji
Wangnya hanya pergi berlalu sahaja
Padahal niatku kerja untuk membahagiakanmu
Mengenang perjuanganmu saat mengandungku
Saat kau bertaruh nyawa untuk mempertahankan kehadiranku di dunia
Saat kau merawatku
Saat kau menemaniku dikala sakit
Saat kau ada untukku setiap saat
Saat aku membayangkan itu semua
Tak terasa air mata mengalir deras
Bertahun aku mencari nafkah
Dengan niat untuk membahagiakanmu
Sampai saat ini aku masih belum dapat mewujudkannya
Apapun yang kupersembahkan untukmu
Aku yakin takkan sanggup membalas cintamu
Aku takut kehilangan dirimu
Ya Allah... ..
Izinkanlah hambaMu yg hina ini merendahkan diri di hadapanMu
Berikanlah kesihatan jasmani dan rohani kepada orang tuaku tercinta
Mudahkanlah segala urusannya
Lapangkanlah jalan rezekinya
Ampunilah segala dosa dan kesalahannya
Kumohon padaMu ya Allah... ...
Izinkanlah aku, agar dapat membahagiakan orangtuaku
Sebelum mereka menghembuskan nafas terakhirnya
Hanya redha dan kasih sayangMu
Yang selalu kuharapkan
Wahai sahabat...
Sungguh, hanya amal & doa anak yang sholeh yang mereka harapkan
Untuk menemani mereka di alam barzah
Di bulan suci ini, jangan sia-siakan kesempatan
Doakan mereka dan berikanlan apa yang terbaik dari kita
Sungguh, seluruh harta kitapun
-- jika itu dipersembahkan --
takkan setanding dengan jasa mereka
Ibu.........
cEriTa sI kaTak
Usaha tAngga kEjaAn.....
Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil......yang berlumba-lumba.Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta...Perlumbaan pun dimulakan...
Secara jujur, Tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.
Terdengar ada yang berkata:
"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."
atau:
"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!
Katak-Katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak
"Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!"
Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...
...Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak mahu menyerah kalah!
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?
Ternyata
Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!
Nasihat dari cerita ini adalah:
Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...
…kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada.
Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!
Kerana itu:
Selalulah tetap....POSITIVE
Dan yang penting
Bersikap PEKAK jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!