Wednesday, July 20, 2011

Kisah kaldai dalam perigi

Seekor kaldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. Sang petani letih berfikir apa yang harus dilakukannya terhadap kaldai tersebut. Akhirnya, sang petani memutuskan untuk menanam kaldai itu hidup-hidup di dalam perigi.

Memandangkan kaldainya sudah tua dan perigi tersebut harus ditimbus kerana akan membahayakan haiwan dan juga orang lain yang melintas. Jadi tidak ada gunanya menolong sang kaldai. Ia pun memanggil jirannya untuk membantu menimbus perigi tersebut. Mereka membawa cangkul dan mula memasukkan tanah ke dalam perigi.
Sang keledai terkejut menyedari kenyataan yang harus dihadapinya. Dengan spontan ia terus meronta-ronta ketika tanah dijatuhkan ke atas badannya. Tapi kemudian ia terdiam. Setelah beberapa cangkul tanah dituangkan ke dalam perigi dan tidak lagi terdengar suara kaldai yang meronta-ronta, sang petani melihat ke dalam perigi. Namun ia tercengang dengan apa yang dilihatnya.


Walaupun badannya terus ditimpa oleh bercangkul-cangkul tanah dan kotoran, si kaldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa badannya jatuh ke bawah, lalu ia pun menaiki tanah itu.

Si petani terus menuangkan tanah dan kotoran ke atas badan haiwan itu, namun si kaldai juga terus mengguncangkan badannya dan kemudian melangkah naik. Si kaldai akhirnya berhasil meloncat keluar dari perigi dan melarikan diri.
Apa yang boeh kita dapat dari pelajaran ini? Kehidupan terus sahaja menuangkan segala macam tanah dan kotoran kepada kita. Cara untuk keluar dari ‘perigi' (kesedihan dan masalah) adalah dengan menggoncangkan segala tanah dan kotoran dari diri kita (fikiran dan hati kita) dan melangkah naik dari ‘perigi' dengan menggunakan hal-hal tersebut sebagai pijakan.
Setiap masalah kita merupakan satu batu pijakan untuk melangkah. Kita dapat keluar dari ‘perigi' yang terdalam dengan terus berjuang, jangan pernah menyerah. Goncangkan hal-hal negatif yang menimpa dan melangkahlah naik

copyright : http://tulahan.blogspot.com
copyright from :

Sunday, May 15, 2011

Halusnya Cara Allah

Halusnya Cara Allah

Masya-Allah, Astaghfirullah.

Aku seolah-oleh baru tersedar dari mimpi. Mindaku seolah-olah baru bangun dari kelalaian yang lama. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Dia masih menginginkan aku untuk berubah menjadi lebih baik. Menginginkan aku kembali merujuk kepada-Nya dalam melayari kehidupan ini.

Kedatangan rakanku bersama rakannya yang tidak aku kenali, benar-benar memberi hidayah kepadaku. Sememangnya rakan perempuanku itu telah memberitahu untuk datang ke rumahku pada hari itu. Setelah mendapat izin suamiku, aku pun menerima kedatangannya. Namun tidak disangka dia membawa seorang lagi kawan perempuannya yang tidak pernah aku kenal sebelum ini. Aku tidak tahu bagaimana hendak menolak kehadiran tetamu baruku itu kerana aku belum meminta izin suamiku. Inginku menelefon atau menghantar sms pada masa itu di hadapan tetamu, terasa tidak sesuai. Apa yang perlu aku lakukan? Hati aku berdolak-dalik. Sekiranya aku menjemput dia masuk, berdosa kah aku kerana tidak meminta izin suamiku dahulu? Kalau aku tidak menerima kehadirannya, apa pula perasaannya? Bagaimana kendak ku terangkan kepada tetamuku? Bukan aku tak sudi tetapi, aku tersepit antara adat dan tuntutan. Masya-Allah, sesungguhnya tuntutan adat sememangnya selalu bercanggah dengan tuntutan agama.

Otakku ligat membuat keputusan, yang akhirnya aku terpaksa membenarkan tetamu-tetamu ku masuk. Di dalam hatiku, hanya Allah yang tahu betapa rasa bersalahnya aku kerana mengizinkan orang lain masuk ke rumah tanpa izin suamiku. Pada masa itu juga aku telah bertekad untuk memohon maaf kepada suamiku bila pulang dari kerja. Semoga suamiku faham situasiku pada masa itu. Amin.

Ternyata, kedatangan kawanku bersama rakannya, ada hikmahnya dan memberi hidayah kepada aku. Selama ini aku sememangnya telah bertekad untuk berhenti mengumpat atau berkata tentang orang lain sama ada orang itu aku kenal atau pun tidak. Namun, bertahun telah berlalu, semakin aku usaha, semakin banyak pulak dugaan yang menggalakkan aku terus mengumpat tanpa tahu cara untuk mengelaknya. Tambahan pula jiran-jiranku terdiri daripada wanita-wanita yang sama sikapnya, iaitu mengumpat.

Ya Allah, setiap kali aku bersembang dengan jiranku, mengumpat itu mesti ada. Fitnah, entahlah. Aku pun tidak tahu. Aku yang tidak tahu apa-apa cerita tentang orang di sekitar aku kerana aku sememangnya tidak mempunyai ramai kawan, akan menjadi tahu hanya dengan bersembang bersama jiran-jiranku. Sama ada ceritanya benar atau tidak hanya Allah yang tahu. Setiap kali aku masuk ke rumah setelah habis bersembang, aku akan rasa bersalah sendiri. Aku memohon ampun kepada-Nya kerana mengumpat, namun ia berulang kembali. Aku belum mempunyai kekuatan untuk berubah. Aku sering mengingatkan diriku dengan sering membaca buku-buku azab Allah kepada sesiapa yang mengumpat supaya aku boleh berubah. Tetapi, itulah tipu daya syaitan laknatullah. Semakin kita berusaha untuk berubah, semakin kuat hasutannya.

Dengan izin Allah, Dia mendatangkan aku seorang tetamu yang tidak ku kenal, menceritakan masalahnya yang telah di burukkan oleh orang yang dia kenal dan baik hubungannya dimana orang tersebut juga merupakan salah seorang jiranku. Semakin dia bercerita, semakin banyak keburukan orang tersebut terbongkar. Tiba-tiba aku tersedar.

Maha Suci-Mu Ya Allah, kalau kita selalu menceritakan keburukan orang, Allah pasti akan membuka aib kita. Aku yang pada asalnya hanya kenal sedikit tentang insan itu, menjadi semakin kenal dengan sikap buruknya hanya dengan melalui cerita orang lain. Terbukti Allah telah membuka aibnya kerana sikapnya yang suka menceritakan keburukan orang lain.

Ia memberikan aku kesedaran dan keinsafan. Aku tidak mahu aibku di buka oleh Allah SWT. Aku benar-benar insaf. Pada masa itu juga aku bertekad untuk tidak mengumpat lagi. Azamku semakin kuat untuk berubah walaupun aku tahu cabarannya banyak. Sebagai langkah permulaan, aku menguatkan hati dengan berkata kepada kawan dan tetamu baruku itu agar semua ceritanya itu cukuplah sampai di sini sahaja kerana aku tidak mahu keaiban kita pula di buka oleh Allah.

Alhamdulillah, tetamu-tetamuku bersetuju. Begitulah halusnya cara Allah, dan aku bersyukur kerana aku diberi petunjuk, hidayah dan kekuatan untuk aku terus berubah. Sekarang ini, sekiranya aku bersembang, aku membuat keputusan agar otakku mendengar juga apa yang dituturkan oleh mulutku agar otakku boleh tapis dan menghalang agar aku tidak mengumpat lagi. Aku juga seboleh daya cuba mengelak dari banyak bercakap dan mengurangkan aktiviti suka bersembang bersama jiran-jiranku.

Semoga usahaku akan berjaya kerana aku tidak mahu di hidangkan dengan daging manusia di akhirat nanti. Insya-Allah.

-Artikel iluvislam.com

Friday, May 13, 2011

CoUple

Ape yang korang paham tentang couple??? yang aku faham dari perkataan tersebut adalah...ianyer menunjukan 2,iaitu yg memerlukan 1 llaki dan 1 wanita yang suke 1 samer lain dan ingin selalu bersame.... dlm erti kate lain dia aku punyer.....

Bagi aku perkataan couple itu tidak wujub....yang wujub perkataan bujang dan berkahwin, tetapi tidak laa salah kalau seseorng itu bercouple or kite boleh ckp bercinta.... couple nie adalah pekataan budak2 sekolah rendah n menengah jek....bkn laa aku hendak menyokong meke "bercouple" tetapi yg aku hendak supaya KITE tidak laa mengutuk2 mereka itu atau menghina mereka... hanya yg mmpu kite buat tegur dia secare baik dan ikut logik akal.....lg pun bg aku "couple" nie bkn laa sesuatu bende yg jaat sgt....sbb ape aku ckp mcm tu...yg penting kite x buat pekara2 larangan DIA...n pndai jage diri kite n anak org :) klu kite dgn pasangan kite dduk d tmpat2 gelap even pun kite dah buat ape2...itu boleh mendatangkan maksiat dan fitnah org ..batter kite cari tmpat2 yg ramai org...:) coz kite manusia yg bernafsu.....tp harus ingat,dlm bercouple nie...masing2 kene kuat,andai kate dua2nyer tertewas ianyer jugak boleh menyebabkan meke ke dlm kemasiatan :) llaki itu mesti laa kuat mengawal nyer dan perempuan pulak sentiase ingatkan llaki itu insyaAllah meke akan d jauhi perbuatan larangan DIA :) jgn mudah mulut ini blind org2 couple ini jaat ^_^ coz kite manusia bernafsu,kwal laa ia dgn akal ^_^

Saturday, April 2, 2011

kiTe bAik kE???

"mahukan yang terbaik"

"Temukan dengan orang baik-baik"

Semua orang nak yang terbaik dalam idup dia....tul x?? aku pun nak yang baik2 n terbaik....tp adakah kite nie baik??? cermin diri kite dulu sebelum menilai seseorng itu...baik yang aku maksudkan adalah, byk maksud....setiap org ,berpendapat sikap "baik" ini berbeza...ader org yang mengenekan org pun dia ckp baik...ader org yg solat x tinggal,mengaji 2,3 kali khatam tp berzina gak,minum arak....so mcm maner tu??? bkn aku nk blind org2 mcm tu...cuma aku rase kesal,coz mereka tidak dpt memberi contoh yg baik untuk kite....coz aku admire org2 mcm tu...last2 aky tahu perangai dia mcm tu...aku hampe dan kecewa.....ader stgh org plak,sosial bkn men...pakai seksi tp xpernah berzina n minum bende keras2....itu mcm maner plak nk label tu?? baik kah or jaat?? semua org boleh bercerita tntng agama...tp adakah mereka kenal dgn agama mereka??? semua org boleh menilai org....tp adakah mereka sudah cukup kenal dgn diri mereka sendiri??? aku ade 1 contoh....seorg mat rempit,yang suke main pompuan,minum, rompak dan isap dadah...tp adakah mereka hendak memperisterikan bohsia yg mereka main itu??? semestinyer tidak...mereka akan pilih calon isteri yang baik2...yg solehah n kuat agama gitu.. so hari ini bukan aku nk kutuk2 org or ceramah orang....aku sendiri pun jaat jugak, aku just nk membri periingatan jek sesamer kite ...kalau kite dah dapat yang terbaik itu...jaga la dia sebaik2 mungkin...even pun kite d temukan dengan org bkn terbaik,tp jaga laa dia baik2....agar 1 hari nnt dia akan jadi yang terbaik dalam idup kite insyaAllah.... ingat laa "orang yang baik akan di temukan jodoh dengan orang yang baik" ^_^

Thursday, March 24, 2011

pEsAnaN

"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."

surah Al Baqarah:
"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."

Thursday, February 17, 2011

Waiting For The End

This is not the end
This is not the beginning,
Just a voice like a riot
Rocking every revision
But you listen to the tone
And the violent rhythm
Though the words sound steady
Something empty's within 'em

We say Yeah!
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something
That's invisible there,
'Cause we're living at the mercy of
The pain and the fear
Until we dead it, Forget it,
Let it all disappear.

Waiting for the end to come
Wishing I had strength to stand
This is not what I had planned
It's out of my control....

Flying at the speed of light
Thoughts were spinning in my head
So many things were left unsaid
It's hard to let you go...

(Oh!) I know what it takes to move on,
I know how it feels to lie,
All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

Sitting in an empty room
Trying to forget the past
This was never meant to last,
I wish it wasn't so...

(Oh!) I know what it takes to move on,

[ From: http://www.metrolyrics.com/waiting-for-the-end-lyrics-linkin-park.html ]

I know how it feels to lie,
All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

What was left when that fire was gone?
I thought it felt right but that right was wrong
All caught up in the eye of the storm
And trying to figure out what it's like moving on
And i don't even know what kind of things I've said
My mouth kept moving and my mind went dead
So, picking up the pieces, now where to begin?
The hardest part of ending Is starting again!!

All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what i haven't got...

This is not the end
This is not the beginning,
Just a voice like a riot
Rocking every revision
But you listen to the tone
And the violet rhythm
Though the words sound steady
Something empty's within 'em
(Holding on to what i haven't got)

We say Yeah!
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something
That's invisible there,
'Cause we're living at the mercy of
The pain and the fear
Until we dead it, Forget it,
Let it all disappear
(Holding on to what i haven't got!)

Waiting for the End (Official HD)

Thursday, February 10, 2011

Diddy - Dirty Money - Coming Home ft. Skylar Grey

Coming Home

[Chorus]
I'm coming home
I'm coming home
tell the World I'm coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they've forgiven my mistakes
I'm coming home, I'm coming home
tell the World that I'm coming

Back where I belong, yeah I never felt so strong
(I'm back baby)
I feel like there's nothing that I can't try
and if you with me put your hands high
(put your hands high)
If you ever lost a light before, this ones for you
and you, the dreams are for you

I hear "The Tears of a Clown"
I hate that song
I feel like they talking to me when it comes on
another day another Dawn
another Keisha, nice to meet ya, get the math I'm gone
what am I s'posed to do when the club lights come on
its easy to be Puff, its harder to be Sean
what if the twins ask why I aint marry their mom (why, damn!)
how do I respond?
what if my son stares with a face like my own
and says he wants to be like me when he's grown
shit! But I aint finished growing
another night the inevitible prolongs
another day another Dawn
just tell Taneka and Taresha I'll be better in the morn'
another lie that I carry on
I need to get back to the place I belong


[Chorus]


[ From: http://www.metrolyrics.com/coming-home-lyrics-dirty-money.html ]

[Verse 2]
"A house is Not a Home", I hate this song
is a house really a home when your loved ones are gone
and niggas got the nerve to blame you for it
and you know you woulda took the bullet if you saw it
but you felt it and still feel it
and money can't make up for it or conceal it
but you deal with it and you keep ballin'
pour out some liquor, play ball and we keep ballin'
baby we've been living in sin 'cause we've been really in love
but we've been living as friends
so you've been a guest in your own home
it's time to make your house your home
pick up your phone, come on

[Chorus]

[Verse 3]
"Ain't No Stopping Us Now", I love that song
whenever it comes on it makes me feel strong
I thought I told y'all that we won't stop
we back cruising through Harlem, Viso blocks
it's what made me, saved me, drove me crazy
drove me away than embraced me
forgave me for all of my shortcomings
welcome to my homecoming
yeah it's been a long time coming
lot of fights, lot of scars, lot of bottles
lot of cars, lot of ups, lot of downs
made it back, lost my dog (I miss you BIG)
and here I stand, a better man! (a better man)
Thank you Lord (Thank you Lord)

[Chorus]

Monday, February 7, 2011

hATY kIte saPe nAk jaGe???

Wasupppppp........................

Kerana nak jage hati orang hati kite terluka.....kalau kite pentingkan diri(jage hai kite) hati orang plak terluka....so maner 1 kite nak pilih??? hati org or hati kite??? Kadang2 kite cukup jage hati kawan2 kite, tapi kawan kite xpernah nak jage hati kite...kecewa beb, So lepas nie berwaspada laa dalam hidup,kalau kite baik sangat dengan orang,nanti orang tu amek kesempatan keatas kite.... buat baik berpada2 buat jaat jangan sekali.....

Sunday, January 16, 2011

Kisah wanita yang sangat bencikan Nabi Muhammad SAW

Aku benci,benci dengar namanya. Aku sungguh-sungguh tidak mahu mendengar namanyalagi! Kalau aku terus menetap di negeri ini pasti dan pasti namanya ituakan sampai ke telinga ku ini", mengeluh seorang wanita tua sambilmembawa beberapa karung (beg) berisi barang-barang miliknya dengan niatberpindah dari negeri itu.

Wanita tua itu tetap bernekaduntuk berpindah dari negeri itu memandangkan dia tidak sukakan seorangmanusia mulia. Di mana-mana orang bercakap tentang diri si mulia itu.Itu membuatkan dia tidak selesa tinggal di negeri itu. Dalam panasmatahari yang membelah kepala dia sekuat kudrat mengheret karung yangpenuh dengan barangan miliknya. Kesan heretan karung itu jelaskelihatan pada lantai padang pasir tersebut, larat atau tidak dia telahmembulatkan nekadnya untuk pergi jauh dari bandar tersebut. Yang diainginkan adalah nama orang mulia itu tidak sampai ke gegendangtelinganya, itu sahaja hasratnya buat masa ini. Rasa benci membuak-buakdi dalam dada wanita tua tersebut.

Melihat keadaanwanita tua yang terumbang-ambing tersebut tergerak hati seorang pemudauntuk menghulurkan bantuan. Tanya pemuda tersebut "wahai makcikkemanakah arah tujuan makcik?, sekiranya makcik membenarkan sayamembawa karung makcik, saya boleh bawakan untuk makcik". Wanita tua itupun berkata "makcik tidak tahan mendengar nama Muhammad (s.a.w), dimana-mana nama dia bermain di bibir orang, makcik benci mendengar namasi Muhammad (s.a.w*). Sebab itulah makcik mahu pergi jauh dari negeriini ".

"Kalau begitu biarlah saya tolong bawakan karungini, sehingga makcik sampai ke tempat tujuan" pemuda itu menawarkanbantuan kepada wanita tua tadi.

Sepanjang perjalananpemuda itu telah disajikan dengan berbagai berita "kurang baik" dancercaan demi cercaan mengenai Muhammad, tiada satu pun yang baikmelainkan semuanya buruk-buruk belaka. Pemuda yang membawa barang itusepanjang perjalanan hanya diam dan mendengar dengan penuh tekun. Pesanwanita tua itu "wahai pemuda yang baik hati, kamu telah menolongkudikala tiada siapa yang datang membantuku untuk membawa barangku ini,ramai pemuda gagah telah melewatiku namun tiada siapa yang membantukumelainkan kamu, untuk membalas jasamu itu aku ingin berpesan kepadamudengan pesanan yang penting, dengarlah baik-baik, jauhilah dirimu dariMuhammad (s.a.w)". "Apakah makcik pernah jumpamuhammad (s.a.w) sebelumini ?" tanya pemuda tersebut. "Tidak, belum pernah bertemu dengannya"jawab wanita tua tersebut. Pemuda itu hanya senyum dan meminta izinuntuk kembali ke Makkah memandangkan destinasi wanita itu telah sampai.

"Wanitajenis apa aku ini? Pemuda itu telah menolongku tanpa diminta dan telahbersusah payah membawa karungku ini tetapi aku tidak pun mengucapkanterima kasih atau menanyakan namanya?" bisik wanita tua menyalahkandirinya. "Wahai pemuda yang baik hati siapakah namamu?"

"MUHAMMAD IBNI ABDULLAH (sallallahu alaihi wasallam)" jawab pemuda itu dengan lembut.

Wanitatua itu terasa langit terbelah dan jatuh ke atas kepalanya. Dia tidakpercaya pada apa yang telah berlaku padanya. "Apakah benar kamuMuhammad ?, tidak mungkin kamu Muhammad (s.a.w) kerana tiada satuberita baikpun yang sampai kepadaku mengenai Muhammad (s.a.w) melainkansemuanya adalah yang tidak elok mengenainya. Tetapi kamu wahai pemudayang baik hati, kamu sungguh-sungguh berakhlak mulia, dan bersifatkasih. Apa kamukah yang telah ku cerca sepanjang perjalanan, bagaimanaorang musyrikin Makkah sampai hati sanggup mencercamu sedangkan kamulahsatu-satunya Al-Amin yang pernah muncul di kalangan kami ?. Kalau benarkamu Muhammad (s.a.w) bersaksilah kamu wahai pemuda yang mulia Ashhadualla I la ha illallah wa ash hadu anna muhammadar rasulullah. Pada masaitu juga wanita tua itu mengucap kalimah syahadah beriman kepada Allahdan rasulNya yang mulia Muhammad (s.a.w)..

"sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik"

"siapa(manusia) atau apapun (binatang, kayu kayan) ia maka tunjukkilah akhlakdan belas kasih yang baik, sebagaimana Allah telah tunjukkan rahimNyapada kamu tanpa mengira siapa kamu.

* orang yang kikir(bakhil, kedukut) adalah orang yang nama Muhammad di sebut dihadapannya tetapi tidak berselawat ke atas diri Muhammad (s.a.w).

Rasulullahsaw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencariilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga."