Wednesday, December 26, 2012

Sahabat yang tiada penghujung

Assalammualaikum



   Dalam hiudp kite ni orang yang pertama penting adalah Ibu bapa, kerana ibu bapa tiada peganti. Kedua adalah isteri/suami, kerana itulah teman hidup kite. Dan ketiga adalah Sahabat kerana ianya tiada penghujung.

   Sahabat adalah orang yang paling dekat dengan kite sewaktu kite di bangku sekolah, segala masalah kite bercerita pada sahabat, ada sesetengah orang dia lebih suka bercerita dengan family dia dan ade sesetengah orang dia selesa bercerita dengan sahabatnya. Pahit getir hidup kite dengan sahabat kite memdewasa kan kite, dari bangku sekolah sampai lah kite meningkat dewasa, kenalan sahabat baru makin bertambah dan tiada penghujung,sampai lah kite ke jinjang pelamin dan sampai lah kite tua nanti, kenalan baru  pasti datang.

   Ada sesetengah orang, dia suka berkawan dengan ramai kawan, ade setengah orang dia tidak pandai berkawan kerana dengan sikap pendiamnya. Tapi yang pasti sahabat di bangku sekolah itu lah sahabat sejati. Tetapi tidak semua yang mereka rancang itu kekal, Yang pasti selepas tamat persekolahan, perhubungan kite dengan sahabat kite makin berkurangan dan bertambah kurang apabila sahabat kite sudah berumahtangga, dan kini hanya tinggal 2,3 orang yang masih berhubung.

   Di bangku sekolah lagi mereka merancang untuk bersahabat sampai mereka mendirikan rumah tangga, tetapi kate-kate itu hanya di bibir sahaja, keadaan telah mengubah mereka, kesibukkan dan kemunculan kekasih juga merengangkan lagi perhubungan mereka.

   Di waktu zaman persekolahan, kita sering melakukan aktiviti bersama dengan sahabat kita, seperti berlepak, bersukan dan berhibur bersama, baik buruk masing-masing sudah kita tahu. Tetapi itu semua dalam kenangan kite, kenangan yang sangat berharga.

   Sahabat sejati adalah sahabat yang setia bersama kite tidak kiralah waktu kite gembira, sedih, kesusahan dan kesakitan dia sentiasa membantu kite, sahabat itulah sahabat yang sukar di cari. Kerana pemberian sahabat ini adalah pemberian daripada Illahi.

  Hargailah sahabat anda tidak kira selama mana anda mengenalinya, kerana sahabat sentiasa datang berganti, sahabat sejati sukar dicari ganti.

Monday, December 24, 2012

Di Setiap Hari


 Assalamualaikum....

   Setiap hari kite melihat gelagat org, setiap hari kite mengata org, setiap hari kite sering melakukan kesalah kecil atau besar itu bergantung pd seseorang, setiap hari kite tidak boleh lari pada nafsu, setiap hari DIA memperhatikan kite.

   Pernahkah kite sedar semua itu berlaku di hari-hari kite?? Tetapi itu lah lumrahnya, kite tidak terlepas daripada semua itu, Yang besar akan terus megah dengan kebesarannya, yang lelaki sentiasa berusaha mendapatkan perempuan, yang Ego sentiasa mahukan kemenangan, yang besyukur sentiasa tenang di hatinya, yang 1(ALLAH)  sentiasa bersama kite.