Wednesday, April 11, 2012

Doa bukan hanya sekadar kata...




"Jangan la sentiasa fikir negatif,kerana lama kelamaan fikiran itu mnjadi 1 doa,malahan Sentiaselah berfikir positif mudah2an fikiran itu mnjdi 1 doa yg termakbur insyaallah...."


Assalammualaikum,sudah lama aku tidak update blog aku ini,hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang ahmad, ayat-ayat di atas itu adalah salah satu pengalaman hidup ahmad,yang telah ahmad lalui. Dulu waktu bercinta,ahmad selalu fikir negatif tentang pasangannya,mahu tidaknya ahmad bercinta jarak jauh,kadang-kadang ada aja terlintas fikiran negatif,seperti "kenapa dia diam nie,nie mesti tengah msg atau gayut dengan lelaki lain" sedangkn waktu itu aweknya dekat rumah tengah masak untuk family dia, lama kelamaan fikiran ahmad itu menjadi 1 doa,yela setiap kali call awek dia jek mesti ahmad marah-marah beliau,dan cakap yang awek dia ada lelaki lain. Asalnya memang aweknya tidak ada lelaki lain,selain ahmad,lama kelamaan kata-kata ahmad itu menjadi 1 doa, meraka mula bercinta bulan 8.2008 dan berakhir bulan 9.2009, awek nya itu mula mempunyai lelaki lain sejak bulan 7.2009...

Kini ahmad mula sedar,kata-kata dia selama ini menjadi satu doa yang termakbur, ahmad redha dengan keputusan aweksnya itu, semenjak dari peristiwa itu ahmad mula menjaga kata-katanya. Dan pada tahun 2010 pula aweks ahmad itu tadi sudah mendirikan masjid, ahmad tidak menyimpan demdam pun pada aweknya itu. Malahan ahmad sentiasa mendoakan kebahagian aweksnya itu.

Jangan lah kita berfikir negatif terhadap sesuatu induvidu yang kite sayangi,kerana lama kelamaan fikiran itu menjadi satu doa yang termakbur, Malahan berfikir lah kepada kebaikkan. Selagi kite tidak nampak dengan mata kepala kite,jangan sesekali kite menuduhnya,kerana tuduhan itu menjadi suatu fitnah. "fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh"

Pada masa kini, sukar bagi seseorang itu menjadi sabar dan tabah, kerana zaman sekarang banyak tekanan hidup di sekeliling kite, Sebab itu la ALLAH S.W.T memberi kite Al-Quran,kerana Al-Quran itu lah mengubat segala penyakit,penyelesaian segala masalah. Membaca lah dengan memahamminya, kalau sekarang baca dan tidak lah faham,amat lah rugi seseorang itu.

Sewaktu kite senang,kite lupa tanggungjawab kite terhadap DIA, menunaikan apa yang DIA perintahkan, tetapi Sewaktu kite susah baru kite teringat pada DIA dan memohon kepada DIA,tapi adakah DIA menolong kite??? YA itu sudah pasti kerana DIA menyayangi semua Maklum ciptaan DIA.... Mari lah kite bersama mengingati 1 sama lain,mudah-mudahan kite tidak tersesat jauh "INSYA'ALLAH AMIN"